

ECER-KPT-UMK merupakan salah satu langkah yang telah diambil oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi merealisasikan matlamat ECER. Semenjak dirasmikan pada 29 Oktober 2007, UMK telah menubuhkan sebuah sekretariat yang akan memikul tanggungjawab untuk menjalankan beberapa aktiviti bagi memastikan matlamat ECER untuk membangunkan sektor pendidikan dan meningkatkan sosioekonomi masyarakat dapat direalisasikan..


