

PUSAT KECEMERLANGAN
ECER - KPT - UMK
Tel: 09-7717245/7246 Fax: 09-7717232

ECER-KPT-UMK

Pemacu Utama Ekonomi di dalam ECER
ECER-KPT-UMK merupakan salah satu langkah yang telah diambil oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi merealisasikan matlamat ECER. Sejak dirasmikan pada 29 Oktober 2007, UMK telah menubuhkan sebuah sekretariat yang mana pada mulanya beroperasi tanpa ruang pejabat dan staf yang rasmi. Namun begitu, usaha untuk membantu ECER mencapai matlamat tetap dilakukan dengan beberapa aktiviti telah dilaksanakan.
Sekarang, Pusat Kecemerlangan ECER-KPT-UMK telah mampu mempunyai ruang pejabat dan staf yang mana memikul tanggungjawab untuk menjalankan beberapa aktiviti bagi memastikan matlamat ECER untuk membangunkan sektor pendidikan dan meningkatkan sosioekonomi masyarakat dapat direalisasikan..
Dalam usaha untuk memastikan setiap rakyat terutamanya di negeri Kelantan merasai impak kewujudannya, UMK sekali lagi menyahut kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk dilantik sebagai Ketua Sekretariat Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)-Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)-Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Sekretariat ECER-KPT-IPTA menggabungkan 5 buah IPTA di negeri ECER (Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di Johor) iaitu Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaysia Kelantan(UMK). Sekretariat ini memainkan peranan penting dalam memastikan agenda ECER dapat disampaikan kepada rakyat dan seterusnya membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat di negeri masing-masing.
UMK harus berbangga kerana dengan usia yang muda telah diberi tanggungjawab yang besar untuk menjadi pemain yang penting di dalam ECER.
Konvensyen Keusahawanan ECER-KPT-UMK 2010
20 - 22 Mac 2010
Penyertaan adalah Terhad..
Daftar sekarang dengan mengisi borang penyertaan..
TERKINI!!