

PUSAT KECEMERLANGAN
ECER - KPT - UMK

Peta Wilayah Ekonomi Pantai Timur
5. Pendidikan
Dengan penekanan kepada pembangunan modal insan dan sumber manusia yang berketrampilan bagi memenuhi keperluan pasaran pekerjaan menerusi penubuhan lebih pusat pendidikan.
Tel: 09-7717245/7246 Fax: 09-7717232

Wilayah Ekonomi Pantai Timur merupakan salah satu pelan pembangunan yang diperkenalkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi. Wilayah ini merangkumi empat (4) negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Mersing, Johor yang mana mewakili 51% daripada Semenanjung Malaysia.
Walaupun wilayah ini dianggap sebagai wilayah yang kurang maju, namun, ia menunjukkan potensi yang sangat baik di dalam bidang pembangunan sosioekonomi terutama dari aspek sumber asli dan juga modal insan. Pelan ini diharap mampu membuka peluang kepada negeri terlibat untuk berganding bersama- sama demi mencapai matlamat untuk menjadi wilayah maju 2020.
Terdapat lima (5) kelompok pemacu utama ekonomi iaitu:
1. Pelancongan
Dengan penggalakan kepada pelancongan persisiran pantai dan pulau, pelancongan mesra alam dan pelancongan kebudayaan dan warisan
2. Minyak, gas dan Petrokimia
Dengan penekanan kepada industri hiliran untuk menambah nilai produk sedia ada, membangunkan industri plastik dan menggalakkan penubuhan Industri Kecil Sederhana (IKS)
3. Pembuatan
Dengan menampilkan industi-industri baru yang boleh menjana peluang penyertaan, pekerjaan dan pendapatan bagi penduduk tempatan.
4. Pertanian
Dengan penekanan kepada perladangan komersial, usaha mempertingkatkan pengeluaran menerusi penyepaduan ladang, penyertaan dalam bidang-bidang baru, penggunaan teknik perladangan moden dan membina jaringan global.
Konvensyen Keusahawanan ECER-KPT-UMK 2010
20 - 22 Mac 2010
Penyertaan adalah Terhad..
Daftar sekarang dengan mengisi borang penyertaan..
TERKINI!!